Wednesday, September 2, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA




ASSALAMUALAIKUM,





Gambar menceritakan lebih dari 1000 perkataan. Keceriaan peguam-peguam muda Terengganu berbuka puasa dengan hidangan yang mereka sediakan sendiri. Tengah Azrul, Azrai, Zamri, Hadi, Faiz, Nik Radia serta wakil veteran Anuar. Err cuma yang baru kahwin tu jangan la makan banyak sangat gear box, takuut tak tido malam bahaya bulan posa ni...


Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada 31 Ogos 2009 yang lepas melibatkan lebih 30 orang ahli-ahli. Majlis berlangsung di pejabat Tetuan Amirruddin bermula jam 2.00 petang lagi apabila ahli-ahli secara gotong royong menyediakan juadah berbuka. Apabila tiba waktu berbuka masing-masing begitu teruja menjamah juadah yang disediakan bersama antaranya daging bakar, kuah daging singgang, ikan bakar, kailan ikan masin, ulam-ulam dan pelbagai kuih serta cendol. kemesraan dan keakraban antara ahli-ahli terserlah. Menyiang daging, memasak, memanggang, membuat khemah sehinggalah mengemas dan membasuh peralatan semua dilakukan secara bersama.

Gambar-gambar di paparkan dapat mengambarkan ikatan kekeluargaan antara ahli-ahli;

(Daging mula disiang bermula jam 2.00 petang lagi, masing-masing sedang "test" pisau siapa yang paling tajam)


(Gaya memotong daging lembu dara yang baru disembelih oleh ahli-ahli teruna Terengganu bar)
(Chef Mat sham sedang memasak singgang tulang "gear box", sambil diperhatikan ketua chef haji Man di bawah khemah yang baru di dirikan. Kesedapan rasa singgang ni kalah masakan hotel 5 bintang !!! Steady Mat sham)

(Habis tangga kayu, bangku, kerusi menjadi mangsa dibakar oleh pakar-pakar membakor untuk penyediaan tempat memanggang daging, nasib baik katil tak jadi mangsa, wow hebat-hebat sungguh kreatif loyar Terengganu)


(Marina wakil tunggal wanita yang mari awal tersenyum manja, sedang sibuk menyediakan ulam-ulam)


(MENANG TANPA BERTANDING, Juara Blender haji Man, Juara Senduk Chairman, sedang menyediakan sambal belacan siam yang paling sedap di dunia)


(Gaya-gaya pakar membakor dari kiri Hadi, Hayat dengan kainnya, Haji Man bakor, Azrul, Faiz dan Zamri, daging bakor punya la lembut macam agar-agar, diperap dengan rempah ratus rasenya BEST. Err kalau Kenny Roger bukak kat kt gerenti ambil mereka bekerja)


(Masing-masing mula mengambil juadah berbuka, terliur melihat pelbagai jenis lauk-lauk yang hampir semua di sediakan oleh kaum Adam)

(Kedua-dua chef haji Man dan Mat Sham, tak sabar-sabar ingin mencuba "gear box", tak pakai sudu dah direct pakai senduk sementara tetamu kecil sedang dilayan oleh sarini, laili dan amelina)


(Sama comel sama berseri jawatankuasa peguam Negeri Terengganu dari kiri hayat, s/u salwa dan marina)


(Faisal sedang mengeruk habiskan kuah, Haidi sedang menyelongkar kot-kot tuan rumah ada sediakan rokok manakala Faiz memegang bocong nasi takut nasi habis)


(Jamu beramai-ramai gerenti menaikkan selera ahli-ahli, semua bertambah bukan saja lauk sedap tapi suasana santai dan mesra sungguh menyeronokkan)


(Anuar mengetuai pasukan membungkus lauk, sambil mat sham memegang baldi dibantu faiz dan zamri. Plastik beg juga dibekalkan complementary dari Terengganu bar)


(Juara bowling Faisal akhirnya tersenyum bangga kerana berjaya membungkus daging bakor yang tersohor di Terengganu, ahli-ahli lain juga tidak melepaskan peluang membawa balik makanan yang di masak oleh kaum lelaki Terengganu bar)

(Hayat tersenyum riang apabila Juna memakai baju sedondon dengannya sambil diperhati oleh amelina, setelah kenyang Hayat pun berkata "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang la hati")

Majlis berakhir jam 8.30 malam untuk semua ahli menunaikan ibadah terawih, tergambar keceriaan disetiap wajah ahli yang pulang. Terdapat permintaan untuk menerus program sebegini di masa-masa akan datang. Semuga perhubungan silaturahim antara ahli-ahli kekal rapat selamanya.







2 comments:

MB said...

tahun depan mat sham nak masak bakso pulak.baru balik kursus di indon.buka posa dgn bakso.sahur pun dgn bakso.selain tu dia juga sempat menamatkan kursus buat pempek palembang

pokmatbijok said...

Tahun depan mat sham buat bakso, mb buat belacan siam, nuar buat rojok keling, zamri buat roti bengali, ajis mee golok, solah nasi kanggaru, mazlan murtabak singapore, haris roti arab WAHH KITA NAMA TAHUN DEPAN BERBUKA JUADAH INTERNASIONAL. HIDUUUP KAUM ADAM.....