Sunday, July 26, 2009

SALAM DARI MELBOURNE

Sahabat sekelian. sejak tiba di bumi Australia pada 12/12/2008, banyak perkara yang rasanya nak dikongsikan dengan sahabat sekelian. Apabila tiba di Melbourne International Airport, antara perkara pertama yang bermain di kepala saya ialah Australia ialah sebuah negara orang putih.


Meleset samasekali..terlalu ramai bangsa Cina dan India disini. Akhir-akhir ini banyak serangan fizikal bermotif perkauman terhadap bangsa India berlaku. Akan tetapi bangsa lain tiada masalah. Mungkin ada sebab-sebab tertentu ianya berlaku.


Sekarang musim sejuk disini. Minggu lepas saya dan keluarga serta sahabat di sini berkunjung ke Mt.Buller, satu tempat peranginan salji terkenal disini. Maklumlah pertama kali main salji. Masing-masing tak nak balik. Saya menyewa sebuah kereta Kia Rios dengan kadar sewaan Aud77 untuk 2 hari termasuk insurans asas. Sebahagian sahabat tidur di Cabin dan sebahagian menyewa hotel/motel di kaki gunung. Beberapa keping foto akan cuba dilampirkan sebagai ekshibit A.


Cukuplah disini coretan sebagai pembuka lebaran dari saya di Melbourne. Salam mesra dari saya.


Sallehudin bin Harun
Melbourne, Australia.

5 comments:

hayat said...

saya pernah bermain salji di genting,..tetapi rasa hawa sejuknye same seperti peti sejuk beku untuk simpanan ikan di kuala besut.hahahha..ingin sekali ke sana!

Anonymous said...

mana gambarnye?nak tengok gak

MB said...

SIANG KET KE SAARI.DIA NAK MAIN SAJI GAK.DIA KATA RASA NAK MAKAN SUP EKOR KANGGARU

THE "DON" said...

La masuk la gambor deras sikit, nok gi le ni takut selsema babi, tengok jadi leer. Bahaya dok bahaya selsema babi nii sampai loyar tengganuu langgor babi rosok kete, hoo kite nak gok makang daging kambing panggang, sop ekor kanggaru, kacang makadamia, itu faveret Mangg Bakor.

Nuar pesang nok gi tengok pantai ahu ahu tapi dok jadi sebak leni musing sejuk semua orang pakai bajuu....

Din Hogan deras deras la pakak degang chairmeng kita buak trip ke ostolia deh, dok tahang nok tengok mahkamoh sana, mazlan kabor nok buak kes
376 se kat sana dengang deme.

Anonymous said...

woi..

Ingat submission ke? Ada ke Ekshibit A

~Mohd Sukeri Muhammad