Wednesday, July 1, 2009

PANGGILAN KE PULAU KARIMUN, INDONESIA

Ahli rombongan di pelabuhan Kukup




"Pempek Palembang di pasar malam"








"Sedang pekena Bakso Surabaya"






Pada 24.6.2009, saya telah mengetuai satu rombongan seramai 15 orang anjuran Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu ke Pulau Karimun Indonesia. Antara mereka ialah Nizam, Ubai, Pak Mat, Atifah, Hasnayati, Rohayati, dan lain-lain lagi.

Kami bertolak dari Kuala Terengganu pada jam 6 petang dengan 4 buah kereta. Kami telah singgah di Restoran Perantau, Kuantan untuk makan malam pada pukul 9 malam. Kemudian kami meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Tun Razak dan berhenti minum kopi di Bandar Segamat pada pukul 12 malam. Jam 3.40 pagi, kami singgah di sebuah masjid di Pekan Pontian Kecil. Selepas solat Subuh dan mandi, kira-kira jam 7 pagi kami bertolak ke Pelabuhan Kukup dan tiba di sana jam 7.30 pagi.

Setelah membeli tiket pergi balik yang berharga RM85.00, bayaran sur charge sebanyak RM 5.00 dan cukai pelabuhan berjumlah RM10.00, kami bertolak dari Pelabuhan Kukup dengan feri pada jam 8.30 pagi. Sebelum bertolak kami telah menukar wang di Pelabuhan Kukup. Kadar tukarannya adalah RM342.00 untuk Satu Juta Rupiah. Semasa berada di dalam feri, semuanya kelihatan senyum kambing, maklumlah baru bergelar jutawan segera.

Lebih kurang jam 9.30 pagi atau 8.30 pagi waktu Indonesia Barat(WIB), kami tiba di Pelabuhan Tanjung Balai Pulau Karimun Indonesia. Pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak selsema babi dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia sebelum masuk ke balai ketibaan. Selepas melepasi pemeriksaan Imegresen tanpa sebarang masalah, kami berjalan keluar dari pelabuhan ke hotel.

Rombongan menginap di Hotel Paragon yang terletak di tengah-tengah Pekan Tanjung Balai. Kadar bilik untuk satu malam adalah 140,000 Rupiah. Selepas rehat seketika, saya telah membawa ahli rombongan meninjau sekitar Pekan Tanjung Balai dan makan tengahari di rumah makan nasi padang. Lauk-lauknya enak, semua puas hati.

Selepas makan tengahari, maka bermulalah agenda yang dinanti-nantikan. Shopping, shopping, shopping........Pukul 5.30 petang, saya meninjau ke satu lokasi yang biasa saya kunjungi dengan Anuwar 4 tahun dahulu berhampiran Hotel Mahkota. Yahoo........ seorang peniaga "Bakso Surabaya" masih menapak di tempat yang sama. Pada petang itu, saya pekena 3 mangkuk "Bakso". Lain-lain ahli rombongan khabarnya tidak kurang 2 mangkuk seorang. "Enak sekali pak......"

Jam 6.30 petang, saya bersama beberapa orang ahli rombongan telah ke pasar malam yang terletak lebih kurang 200 meter dari hoel penginapan kami. Saya terpandang satu makanan yang pernah saya makan semasa kunjungan saya ke Pulau Batam beberapa tahun dahulu iaitu "Pempek Palembang". Kesemua ahli rombongan telah membelinya. Rasanya enak juga.

Aktiviti shopping kurang rancak pada waktu malam, oleh kerana kebanyakan kedai ditutup pada jam 6.00 petang.

Pada 25.6.2009, bermula pada jam 10.00 pagi, aktiviti shopping di sekitar hotel penginapan kami bagi ahli rombongan mula menggila kembali. Selepas solat Jumaat di masjid berhampiran hotel, saya telah terserempak dengan beberapa orang ahli rombongan dari Terenganu yang saya kenali di lobi hotel. Mereka adalah dari rombongan anjuran Majlis Agama Islam Terengganu yang datang dengan 2 buah bas dan menginap di hotel yang sama dengan kami.

Seterusnya saya telah berjumpa dengan rombongan dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan satu rombongan dari JKR Hulu Terengganu. Pada hari berkenaan, semasa membeli belah di sekitar hotel, kami berasa seolah-olah berada di Terengganu

Hari tersebut, Nasi Padang, Bakso Surabaya dan Pempek Pelambang masih menjadi menu utama. Khabarnya ada yang pekena 4 mangkuk Bakso pada hari itu. Bukan Penulis ya!!

Selain pakaian, sebagai ole-ole utama yang di beli, ahli-ahli rombongan juga nampaknya tidak ketinggalan membawa balik kopi bubuk karimun cap Utama. Terasa khayal halus selepas meminumnya.

Pada 26.6.2009, jam 7.00 pagi, kami keluar dari hotel dan menuju ke Pelabuhan Tanjung Balai dengan jumlah beg yang berlipat kali ganda. Di Pelabuhan, kami dikenakan caj untuk confirm tiket 10,000 rupiah dan tax pelabuhan sebanyak 60,000 rupiah. Kami menaiki feri jam 8.30 pagi atau 7.30 pagi waktu Indonesia Barat dan tiba di Pelabuhan Kukup pada jam 9.30 pagi.


Sebelum kami tiba di Dewan Ketibaan Pelabuhan Kukup, pemeriksaan kesihatan untuk membendung wabak selsema babi dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Syukur kerana kesemua ahli rombongan bebas dari membawa atau dijangkiti virus tersebut.

Selepas melalui kaunter masuk Jabatan Imegresen Malaysia, semua ahli rombongan telah ditahan kerana telah membawa "lebih muatan". Hasil perbincangan saya dengan pihak Imegresen, kami telah dilepaskan dengan bayaran cukai minima. Semuanya menarik nafas lega. Bolehlah berbelanja lagi di Pekan Ayer Hitam di dalam perjalanan balik nanti.

Kami bertolak dari Pelabuhan Kukup pada jam 10.00 pagi dan tiba di Kuala Terengganu pada jam 10.00 malam. Daripada lawatan ini, maka sudah terang lagi tersuluh bahawa Pekan Tanjung Balai, Pulau Karimun Indonesia adalah syurga membeli belah untuk kaum lelaki. Nok gi pulok ni...tunggu pengumuman tarikhnya..

Othman Bakar.






9 comments:

Anonymous said...

SALAM,

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG PEGUAM.

SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN DALAM KERJAYA KELAK

GOOD LUCK


DARI

CHAIRMAN

TERENGGANUBAR

Anonymous said...

huhu..

i already read ur page..

urm..

oke....

Terengganu Bar said...

pokmatsarang said...
Salam

Dengar cerita ketua rombongan banyak menghilangkan diri ke mana weh!!!! Aisey meleleh dengar cerita, mesti rancang untuk shopping ketempat lebih hebat selepas ni deh.. HIDUPPP MANGG, HIDUP NUAR yoopp lepas ni kite ramai-ramai ke Melberngg....he he he

Terengganu Bar said...

Din Hogan Melbourne said...
salam sahabat. meneliti kisah man tu cukup menggiurkan. dulu pernah ke Batam dengan Man dan Anuar. Man memang kaki berjalan. Tapi yang peliknya Indonesialah destinasi utamanya...kenapa? dia kata syurga shopping.betul tu. tapi ada kecurigaan dari ahli rombongan.Lepas ni jemputlah ke rumah hamba di Ostolia.kita barbeque kambing

Terengganu Bar said...

MB said...
kambing sini banyak dah.rasa nak makan kacang macadamia.cari dah sini tapi dak jupe age.aku rasa kat ostolia je ade

hayat said...

gambar untuk post ini akan dimasukkan semula kerana gangguan teknikal.heheh!

THE "DON" said...

WAH INI SABOTAJ, TAK DOK GAMBAR HJ MANG AND THE GROUP DOK COMEL LA, RINDUU NAK TENGOK GAMBOR TENGOH MAKANG BAKSOO.... NYAMM NYAMM

MB said...

BUKAN SABOTAJ.HAYAT KABOR DAH KE AMBE. ADA MASAALAH TEKNIKAL SKIT.ESOK LUSA DIA MASUK SEMULA GAMBAR

hayat said...

bukan sabotaj,ini sudah jadi rampasan kuasa!hehehheh