Wednesday, August 28, 2013

Coretan Interstate Games Bar



Di celah-celah kesibukan menyambut syawal dan open house sana-sini, Terengganu Bar sekali lagi telah menyahut seruan memajukan sukan untuk negara dengan menyertai Interstate Bar Games yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Negara (Panasonic Sports Complex) pada 24 Ogos 2013. Penyertaan kali ini amat membanggakan apabila kontinjen Terengganu Bar telah menghantar wakil pemain-pemain yang cukup handal dalam beberapa acara seperti bola sepak, bola jaring, bola tampar dan juga badminton.

Seawal jam 730 pagi, ketika kabus masih lagi tebal, kontinjen Terengganu Bar dengan semangatnya mula bergerak daripada penginapan INTEKMA ke Barra. Bagaikan semangat membara seperti 'Barra' masing-masing mengisi perut dengan pelbagai santapan pagi. Macam-macam gaya dan pilihan makanan.Ada yang memilih makanan berat seperti nasi lemak. Kata salah seorang atlet, ' kena makan kenyang-kenyang, biar main sampai nelang'.

Jersi-Jersi Terengganu Bar memenuhi ruang Barra
'kena makan biar kenyang, biar main nanti sampai nelang'

Seusai makan, maka kontinjen Terengganu Bar secara konvoinya bergerak ke Kompleks Sukan Negara. Mencecah sahaja kaki di sana, team Netball Terengganu atau juga dikenali Team High Star telah disambut oleh pengurus kejohanan yang memberitahu 'game' akan bermula dalam masa 10 minit. Cuak , berdebar dan takut bagaikan satu pakej lengkap  hadir dalam diri masing-masing, sampaikan ada yang tak nak turun dari kereta Estima. Katanya gerun. Namun begitu, kerana keberanian, perasaan cuak dan berdebar di tolak jauh-jauh maka dengan muka berani masing-masing masuk ke gelanggang permainan netball.




Team High Star telah berkesempatan 'bertentang mata' dengan tiga team bola jaring lain iaitu daripada KL Bar, Selangor Bar dan juga Penang Bar. Permainan dimulakan. Pelbagai adegan dan aksi dirakamkan. Masing-masing cuba menghasilkan jaringan terbanyak bagi meraih johan.  




Setelah berhempas pulas, Team High Star meraih tempat keempat.
Beralih pula ke gelanggang lain iaitu gelanggang bola tampar. Team bola tampar diwakili oleh barisan atlet handalan  hasil acuan gabungan peguam senior dan juga peguam muda. Atlet -atlet begitu bersemangat dan memberikan saingan sengit kepada pihak lawan iaitu KL Bar dan juga Selangor Bar. Strategi -strategi serangan telah diatur dan dilaksanakan kepada pihak lawan dan menjadikan perlawanan begitu hangat malahan mendebarkan. Keputusannya amat membanggakan apabila team bola tampar berjaya meraih tempat ketiga setelah penat berhempas pulas ^_^

Team Mantap Bola Tampar
Menjengah pula ke gelanggang badminton yang bersebelahan dengan gelangang bola tampar. Kali ini, skuad elit badminton  bermain penuh dengan gaya dan skill yang mantap. Pada hemat penulis, tak mustahil dalam kalangan barisan peguam senior dan peguam muda akan lahir bintang-bintang yang mengikut jejak langkah Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo yang telah bersara seandainya berlatih dengan lebih mantap. Masing-masing punya gaya 'smash' yang tersendiri dan demi kerana semangatnya mewakili Terengganu Bar terdapat beberapa ahli skuad elit badminton yang mengalami kecederaan seperti 'hamstring' dan lain-lain. Satu kejayaan yang amat boleh dibanggakan apabila skuad elit ini berjaya masuk ke semi final dan menduduki tangga ke lima daripada 13 bar states. Tidak juga dilupakan pasangan regu wanita yang tampak lembut tetapi penuh dengan ketangkasan apabila mencatatkan rekod meraih tempat keempat. Tahniah diucapkan :)

Skuad Elit Badminton :)
Akhirnya, beralih ke 'game' yang paling hangat dan paling dinanti-nantikan iaitu Bola Sepak. Game bola sepak mencatat penyertaan paling ramai antara States Bar iaitu sebanyak 9 kumpulan sehingga menyebabkan perlawanan diteruskan sehingga ke petang meskipun panas terik mentari.  Pemain -pemain bola sepak Terengganu Bar dibarisi peguam senior dan juga peguam muda yang rata-ratanya handal mengelecek bola dan mungkin suatu masa nanti akan lahir pemain hebat seperti Messi daripada Terengganu Bar. Siapa sangka, bukan?

Kehandalan pemain bola sepak kita sememangnya tidak dinafikan lagi apabila telah mendapat keputusan seri apabila berjumpa dengan Kelantan Bar pada awalnya iaitu 1-1. Kehebatan terus dipamerkan apabila Terengganu Bar menang mudah ke atas Penang Bar 2-0 dan juga 2-0 ke atas Kuala Lumpur Bar 2. Kemenangan itu melayakkan Terengganu bersemuka dengan Melaka Bar di peringkat suku akhir dan juga menang 2-0. Biarpun berterik panas dan jam sudah menghampiri 4 petang, pemain bola sepak kita masih lagi gagah mempamerkan aksi terbaik tandukan dan gelecekan di tengah padang bola ketika separuh akhir. Namun begitu, nasib baik tidak berpihak kepada kita apabila kalah tipis penalti kepada Kuala Lumpur Bar 1 iaitu 3-2.


Setelah penat berhempas - pulas di Padang, kontinjen Terengganu Bar pulang menuju ke Terengganu tercinta dengan perasaan yang penuh kepuasan setelah memberikan pertunjukan yang terbaik. Satu perkara yang penting dilihat hasil daripada penyertaan atlit-atlit Terengganu Bar menyertai Interstate Games Bar adalah kesatuan dan ukhuwah antara peguam senior dan peguam muda makin terjalin dengan erat malahan tiada jurang yang memisahkan.Bak kata pepatah yang tua dihormati, yang muda kita sayangi. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan atlet! Teruskan Bersemangat! Moga untuk Interstate Bar Games yang akan datang, Terengganu Bar akan dapat menghantar penyertaan lebih banyak lagi dan atlet-atlet akan meraih kejayaan yang lebih mengharumkan Terengganu Bar. Akhirnya, majulah sukan ! ^_^


Saturday, July 27, 2013

Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Darul Akhyar


Pada 17hb Julai 2013 yang lalu bersamaan 11 Ramadhan 1434H , Terengganu Bar dengan jayanya telah menjalankan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Darul Akhyar yang terletak di Batu Rakit, Terengganu. Program ini melibatkan kesemua penghuni di Darul Akhyar yang berjumlah dalam kira-kira 100 orang yang rata-ratanya berusia 13  sehingga 18 tahun.


Tentatif program bermula pada jam 3.00 petang dengan pembahagian kumpulan. Sebanyak 9 kumpulan telah ditubuhkan dengan keahlian sekitar 8-10 orang adik-adik. Tugas telah diberikan dan diberikan masa selama sejam setengah untuk menyiapkan masjid dan juga logo. Idea mencipta masjid ini sempena meraikan ketibaan bulan ramadhan kareem di samping mengingatkan kita supaya banyak mengimarahkan masjid-masjid sepanjang ramadhan ini.


Sejam setengah yang berlalu, telah digunakan semaksimunya oleh adik-adik di Darul Akhyar untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan masjid dan logo yang terbaik. Selanjutnya,  sesi pembentangan dan soal jawab telah dijalankan oleh wakil kumpulan. Setiap kumpulan punya kreativiti masing-masing dan setiap persoalan yang diajukan berjaya dijawab dengan sebaiknya.


Seusai pembentangan dijalankan, maka adik-adik dan para peguam yang hadir bersama-sama menunaikan solat asar secara berjemaah.Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, sedikit tazkirah dan zikir munajat dialunkan bagi mengisi ruang waktu. Nyata, adik-adik di Darul Akhyar sangat memberikan kerjasama sepanjang program ini dijalankan.




Masa yang paling ditunggu-tunggu ialah waktu berbuka puasa. Sebelum berbuka puasa, adik-adik telah beratur dengan penuh berdisiplin ketika ingin mengambil makanan dan dibantu oleh para peguam dalam menghidangkan makanan tersebut kepada mereka. Menu pada hari tersebut ialah daging sambal, ayam goreng, masak lemak pucuk paku dan sedikit kuih - muih.


Perut kenyang, hati pun suka ^_^. Maka , sejurus itu, pengisiannya ialah solat maghrib berjemaah yang diketuai oleh Ustaz Hafizul daripada Maahad Tahfiz Tok Jiring  dan sementara menunggu waktu isyak diselitkan dengan sedikit tazkirah daripada ustaz tersebut. Banyak input yang disampaikan, antaranya menjadikan bulan ramadhan ini sebagai platform untuk menjadikan insan yang lebih bertaqwa dan lebih bersyukur dengan atas segala nikmat dan rahmat kurniaan-Nya. Seterusnya, diteruskan dengan solat isyak dan terawih secara berjemaah.Selesai menunaikan solat isyak dan terawih berjemaah, adik-adik dijamu dengan 'moreh'.  Mereka tampak sangat gembira . 



Agenda terakhir ialah Majlis Penutup. Majlis penutup telah berjalan dengan jayanya dengan ucapan daripada wakil Terengganu Bar oleh Encik Sukri, wakil daripada Darul Akhyar dan juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh adik-adik di Darul Akhyar yang telah mendendangkan lagu yang bertajuk wajah. Selain itu , sesi pembahagian hadiah telah dijalankan bagi setiap kumpulan dan paling akhir sekali ialah sesi memberi duit raya kepada adik-adik di Darul Akhyar.


Ringkasnya, program ini berjaya mendekatkan Terengganu Bar dengan adik-adik di Darul Akhyar. Moga program seperti ini dapat dijalankan lagi:)


Sunday, May 26, 2013

Assalamualaikum w.b.t. Sukacita dimaklumkan susulan Mesyuarat Agung Tahunan Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu Ke-31 yang diadakan pada 21 Februari 2013, di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa Kuala Terengganu, ahli-ahli telah melantik dan memberi amanah kepada ahli-ahli berikut untuk menerajui Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu bagi sesi 2013/2014:


  Pengerusi:
 Tuan Haji Amiruddin bin Abu Bakar 

 Ahli Jawatankuasa:
 1. Tuan Haji Mazlan bin Md. Zain 
2. Puan Rosnah binti Zakaria 
3. Encik Abdullah bin Muhammad 
4. Encik Abd. Hadi bin Ahmad 
5. Puan Salwa binti Mansor 
6. Encik Sukri bin Mohammad 
7. Encik Nik Mohd Radhia bin Nik Abd Ghani 
8. Encik Ahmad Azran bin Mohd Noor 
9. Encik Mohd Zamri bin Md Jail 
10. Encik Wan Ahmad Faiz bin Wan Abdullah 

 Wakil Jawatankuasa:
 Tuan Haji Mukhtar bin Abdullah 

 Wakil Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan:
 Encik Muhamad Auliat bin Ngah @ Ibrahim & Cik Siti Shakira binti Ghani


 Setiausaha Kehormat:
 Encik Hazri bin Haris 


Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu sesi 2013/2014 dengan ini mengucapkan sekalung penghargaan ke atas kepercayaan yang diberikan dan berharap agar akan terus mendapat sokongan penuh dari kesemua peguam Negeri Terengganu. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli Jawankuasa Peguam Negeri Terengganu sesi 2012/2013 yang telah banyak berbakti dan tinggi harapan sekiranya panduan dan pengalaman kalian dapat dikongsi bersama. InsyaAllah. Tahniah diucapkan kepada ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu sesi 2013/2014 dan selamat menjalankan tugas.


Saturday, April 27, 2013

Results of the election at the Terengganu Bar AGM 2012, held on 9 Feb 2012, follow below:- Chairman : Encik Wan Zainuddin bin Wan Musa Honorary Secretary : Encik Hazri bin Haris Representative to Bar Council : Cik Hajah Faridah binti Yusoff Committee members : 1. Encik Abd. Hadi bin Ahmad 2. Tuan Haji Ubaidillah bin Dato' Haji Awang 3. Puan Rosnah binti Zakaria 4. Encik Abdullah bin Muhammad 5. Encik Sukri bin Mohammad 6. Encik Nik Mohd Radhia bin Nik Abd Ghani 7. Encik Ahmad Azran bin Mohd Noor 8. Encik Mohd Zamri bin Md Jail 9. Encik Wan Ahmad Faiz bin Wan Abdullah 10. Cik Fathinajwaa binti Idris Young Lawyer Representatives : 1. Encik Mohd Azwan bin Mohd Roslee 2. Cik Halimayazahara binti Khalid

Tuesday, October 23, 2012

5 CPD Points : Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (“YBGK”) Trainings in Kelantan and Kuala Lumpur

Circular No 231/2012 Dated 23 Oct 2012 To Members of the Malaysian Bar Invitation to Attend Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (“YBGK”) Trainings in Kelantan and Kuala Lumpur The establishment of Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (“YBGK”) provides, for the first time, a comprehensive and sustainable legal aid programme for those ensnared in the criminal justice system. We are pleased to inform Members that the next two YBGK trainings will take place in Kelantan and Kuala Lumpur. The details of the training sessions are as follows: A) KELANTAN Date : 3 Nov 2012 (Saturday) Time : 9:00 am to 3:00 pm Venue : Hotel Raudah (Tel: 09-747 0055) Jalan Maju, 15000 Kota Bharu, Kelantan CPD Points : 5 CPD Points B) KUALA LUMPUR Date : 24 Nov 2012 (Saturday) Time : 9:00 am to 3:00 pm Venue : KL Bar Auditorium, 10th Floor, Wisma Kraftangan, No 9, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur CPD Points : 5 CPD Points We encourage all lawyers who would like to do YBGK work to attend these training sessions. YBGK has the potential to provide real relief to thousands of Malaysians upon arrest, at remand hearings and when they are charged in court — we need the assistance of Members to ensure that we have the numbers to meet the challenge! Please register for this training by contacting Sheena / Sukhvinder at 03-2691 3005/2693 2072 or email the reply slip below to sheena.lacklb@klbar.org.my / sukhvinder@kllac.com as soon as possible. We look forward to seeing you at the training. Thank you. Ravi Nekoo and Murelidaran Navaratnam Co-Chairpersons National Legal Aid Committee