Tuesday, January 25, 2011

OPENING OF LEGAL YEAR 2011

Pada 15 Januari 2011 (Sabtu), bertempat di dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5, Putrajaya WP telah berlangsung acara Pembukaan Tahun Perundangan bagi tahun 2011. Acara bermula jam 8.45 pagi sehingga 11.30 pagi.

Acara dimulakan dengan perarakan masuk para tetamu wakil majlis Peguam, Sabah dan Sarawak diikuti oleh Persuruhjaya Kehakiman, Hakim mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan.


Acara kemudiannya di mulai oleh ucapan Presiden Majlis Peguam, Peguam Negara dan diakhiri oleh Y.A.A C.J Tun Zaki. Majlis seterusnya diikuti oleh perlancaran buku serta ucapan bekas ketua hakim negara Y.A.A Tun Dzaidin.

Semua jemputan kemudiannya dijemput untuk jamuan makan untuk acara terakhir.
Perwakilan Terengganu untuk opening of legal year, Hj Mukhtar serta Chairman.

Antara peserta terawal yang hadir, George Varughese (Setiausaha), Chairman, Mukhtar serta Aaron Abraham (wakil Kelantan)

Majlis bermula dengan Hakim Mahkamah Persekutuan (duduk atas sekali), Pendaftar (duduk bawah) sementara jemputan lain (duduk bawah bertentangan)

Barisan Hakim Mahkamah Rayuan serta Hakim Mahkamah Tinggi dengan court attire mereka.

Majlis pelancaran buku yang disempurnakan oleh Y.A.A C.J .....

Hadirin Khusyuk mendengar ucapan Presiden Barcouncil, A.G Tan Sri Gani Patail serta YAA CJ Tun Zaki.

Perwakilan beransur untuk majlis makan, terlihat Tuan Hassan Ghani kini Pengarah Mahkamah Johor.

Sebahagian wakil peguam bangun memberi hormat untuk acara perarakan keluar dif-dif Utama.

Majlis jamuan ringan amat meriah terjumpa ramai kawan kawan lama sesama negeri, seuniversity termasuk mantan hakim mahkamah Tinggi Terengganu, Dato' Zainal, Dato' Rahim serta Bekas Pengarah Tuan Zul dan Pengarah Tuan Zainal, Tuan Hishan dan Engku Rasdi.
Sahabat Setia perwakilan Terengganu sentiasa hadir setiap aktivity yang diadakan.

KHIDMAT BANTUAN GUAMAN LAC DI UNISZA

Bertempat di foyer dewan Utama, Universiti Sultan Zainal Abidin, Pada 5 Januari 2011 yang lalu pihak pusat bantuan guaman Negeri Terengganu (LAC) telah dijemput untuk hadir membuka suatu gerai untuk memberi khidmat nasihat guaman bagi satu program intergriti yang di anjurkan oleh fakulti Undang-undang dan hubungan antarabangsa, UniSza.
Para peserta persidangan telah menggunakan khidmat nasihat serta memanfaatkan risalah-risalah yang ada di gerai pusat bantuan Terengganu. Majlis bermula dari 8pagi hingga ke 4petang. Semua kakitangan LAC termasuk pengerusi LAC En Zamri dan peguam-peguam Terengganu telah hadir dengan memberangsangkan membantu menjayakan program ini.
Semuga program sebegini dapat dipertingkat dan diperbanyakkan di masa-masa hadapan.
Seperti kata Prof. adjung FUHA, Dato' Bentara Luar, Tan Sri Nik Hashim Chairman dikelilingi jelitawan2 3 dikiri serta 3 dikanan huh teruja....

Chairman bersama kenalan lama En Fuad Hussaini dekan FUHA yang baru.
Bersemangat sungguh sukarelawan peguam Negeri Terengganu, hayat dengan azrul sampai makan pun tak moh tinggal meja bertugas takut peserta nak tanya mereka tak ada.
Sentiasa bersedia, ASK AND YOU SHALL BE ANSWER, begitu gigih petugas-petugas LAC ni.

Monday, January 24, 2011

(DECEMBER) MAJLIS FAREWELL Y.A DATO' RAHIM UDA DAN TUAN ZULKIFLY

Pada 21 Disember 2010 yang lalu bertempat di dewan Utama tingkat 3, Hotel Tanjung Vista, kuala Terengganu telah diadakan Majlis Makan tengahari perpisahan untuk Y.A Dato' Abdul Rahim Uda hakim mahkamah Negeri Terengganu serta Pengarah Mahkamah Terengganu Tuan Che Mohamad Zulkifly.
Y.A Dato' Rahim telah bertukar ke mahkamah Tinggi Shah Alam serta Tuan Zulkifly telah bertukar ke Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur. Kekosongan mereka ini telah diisi oleh Y.A Dato' Mohd Yazid serta Pengarah baru Tuan Zainal.
Majlis makan tengahari ini telah bermula pada jam 1 tengahari serta berakhir jam 2.30 petang.
Sambutan amat mengalakkan dari peguam-peguam Terengganu hampir 80 peguam yang hadir meraikan majlis ini. Terima kasih.


AJK penyambut tetamu dari kiri Saipul, Rohayati, Syed serta Chairman err setia menunggu....

Ketibaan Y.A Dato' Rahim tepat jam 1 tengahari, menggambarkan kehebatan beliau yang menghargai masa...

Peguam peguam yang menunggu di pintu dewan, terlihat En Mat Yusuff menyingsing lengan baju bersedia menghadapi apa cabaran..

Huzir bersalaman dengan Y.A diperhatikan oleh senior Lawyer Dato' Wan Muttalib, Dato' Zamani, Haji Mang serta En. Nuar....
Setia menunggu, err azuha sedondon tudung dengan ros...

Persatuan senior Women loyer Trg, dari kanan Che Dah, Comi, Tipah serta Eja...

Terlalu Tekun mendengar ucapan Y.A Dato' serta ucapan Tuan Zul.....err azran sampai dok sedor letak jari kat mulut ...

Tersenyum belaka puok2 comel ni....bak per dok tau.. sementara wahida tunjuk isyarat 2 jari...err maksud nok makan 2 pinggan tuu...

Group belakang sok mo...ternganga mat sang dengor ucapan terharu serta ikhlas dari kedua dua hakim... dalam tu dang lagi ber sms ajis dan saipul tanya offer nok settle kes..... KPI beb..

Juna bergaya ayu posing bergambar..seme khusyuk mendengar ucapan yang dibuat...

Y.A Dato' Abdul Rahim bin Uda menyampaikan ucapan penuh ikhlas serta kegembiraan ketika berkhidmat di Terengganu....

Tuan Pengarah Tuan Zul memuji peguam-peguam Terengganu 'mudah kire' serta berasa bertuah dapat berkhidmat di Negerinya sendiri setelah lama berkhidmat di negeri orang...

Keakraban hubungan TrgBar dengan Y.A Dato' terserlah...begitu ceria kedua dua pihak...

Cenderahati dari peguam-peguam Trg Bar, terharu serta bangga Tuan Zul atas penghargaan ini...

Tetamu Utama ditemani makan oleh Dato' wan Mutalib, Dato' Zamani serta Dato Isaac...

Acara yang ditunggu tunggu.... jamuan makan huhh pelbagai jenis lauk pauk disediakan....

Sambil makan sempat melobi, Rohayati nak trgbar ke New Zeland, Samila nak ke Afrika Selatan sementara Sarini merancang nak ke Russia...

Group Lelaki Macho....senior tetapi bukan veteran...menemani Tuan M makan termasuk wakil Negeri 9 Mr Dass disebelah Mr Teo....

Menyenggeng kekenyangan, dari kanan Zabidi, haidi, Haris serta pakar baca doa Trgbar Zubir....

Gambar kenang kenangan semua peguam lelaki Trg Bar bersama Y.A Dato' Rahim serta Tuan Zul....

Gambar bersama Peguam Wanita, pendaftar Mahkamah serta Tetamu khas majlis...





Gambar panoramic sweep '3D' oleh kamera ajaib Chairman...

Salam perpisahan antara Y.A Dato' dengan semua peguam Terengganu yang hadir ... kelihatan Dato' Wan Mutalib, saipul serta anuwar...


Gambar kenangan dari kiri shukri, asmadi, Tuan Zul, Chairman, Tuan M serta syukri alphard....

(NOVEMBER) TRIPARTITE MEETING IN K.K

Pada 26-27 hb November 2010, Jawatankuasa Peguam Terengganu telah menghantar wakil ke Tripartite Meeting iaitu mesyuarat antara Bar Council (BC), Advocates Association of Sarawak (AAS) serta Sabah Law Association (SLA) di kota kinabalu sabah.

Mesyuarat berlansung di Lembah impian country homes resort. BC diwakili oleh Presiden, VP, Sec, CEO, serta wakil negeri Perak dan Terengganu. Sementara AAS diwakili presidennya En Khairul Azmi bin Hj Mohd Hasbe dan commitee dan SLA diwakili oleh Dato' John Sikayun serta commitee.

Mesyuarat bermula jam 3 petang hingga ke 7 malam. Pelbagai topik yang melibatkan kepentingan bersama telah dibincangkan dan pelbagai persetujuan bersama telah dicapai. Majlis bersurai dan suatu tempat meeting baru di Semenanjung telah dipersetujui untuk diadakan meeting berikutnya.










Wakil Trgbar tetap tersenyum ria naik pesawat Airasia dengan tambang paling murah kerana bar council tidak menaja travelling expenses....sdn bhd daa......tugas tetap tugas...








Haaa bilik dorang sponsor......kalau dok tido kat semejidla dua orang nie...
Mesyuarat bermula baju putih Presiden AAS Khairul Azmi sementara berdiri berbaju biru Presiden SLA Dato' John Sikayun....

Wakil TrgBar di mesyuarat...err chairman cuba bertutur bahasa iban sementara Hj Tar cuba bercakap bahasa kadazan dusun...huh hebat Trg..

Jamuan makan malam, hj Tar beserta Rajen CEO BC dan Sarbjit singh khaira ....err hj Tar penat mikir makanan dalam pinggan habis doh err perut kosong lagi....

Tempat bermalam serta meeting...jutaan tima kasih buat kawan mamat (Dato' Zamani) nama Mohamed Nazim Datuk Maduarin kerana sudi jadi driver kami di K.K...

Bergambar sebelum kembali...lihat jam teringat rakan lama Mr Rahman kita nama Colin Randall Clark sampai pesan rindu kat sahabat beliau...ingat perpatah tide and time wait for no man but true frienship last a lifetime....

Sunday, January 23, 2011

(NOVEMBER) LAC DI STADIUM TERTUTUP GONG BADAK

Bertempat di Stadium Tertutup Negeri Terengganu di Gong Badak pada 11hb November yang lalu telah berlansung suatu seminar dianjurkan oleh Institut Intergriti Negeri Terengganu. Pihak Pusat Bantuan Guaman Negeri Terengganu telah dijemput hadir untuk membuka gerai khidmat nasihat guaman serta mengedarkan risalah penerangan. Tumpuan utama seminar ini untuk kaum hawa dan Jawatan kuasa Peguam Terengganu telah menghantar S/U mewakilinya. Majlis bermula jam 10 pagi sehingga ke waktu petang.


Bacaan doa agar majlis berjalan lancar agar program bantuan khidmat guaman sentiasa mendapat kerahmatan Allah dan berjaya..






Kesemua peserta Pusat Bantuan Guaman gigih menyertai mana-mana majlis demi membantu masyarakat....prihatin sungguh puok2 nih...


Aduhhh spoilt gambor...err chairman duk depang habiss block orang lain...leceh




Haaa baru terang... ceroh blaker pengkhidmat LAC......moto kami sedia membantu...






Walaupun seminar berjalan tetapi gerai LAC tak pernah tiada wakil untuk menjawab soalan masyarakat... Tahniah








Begitu ramai kaum hawa berminat menyertai program sebegini...diharap ia berterusan untuk faedah semua...




Tersenyum manja petugas LAC , Ros serta nun jauh sana Hasnayati..











Setia berkhidmat....bila-bila demi masyarakat......Pusat Bantuan Guaman Negeri Terengganu..