Wednesday, November 25, 2009

RAYA HAJI DI MELBOURNE

Assalamualaikum semua rakan2,


Disini Hari raya haji telah ditetapkan jatuh pada jumaat ini 27/11/2009. Maka banyaklah acara yang diatur oleh masyarakat Malaysia di Melbourne sempena kedatangan Hari Raya ini. Umpamanya, majlis korban.Untuk kawasan kampung saya yang mempunyai lebih kurang 50 keluarga post-graduate (dikenali sebagai DESABUNDOORA) dan kawasan KGVICNORTH, sebanyak 35 ekor kambing/biri2 dan 2 ekor lembu ditumbangkan. Sebahagian daging diagihkan dan sebahagian lagi dimasak. Satu majlis sambutan Hari Raya akan diadakan pada hari ahad ini yang dijangkakan akan dihadiri oleh lebih 500 orang ahli keluarga post-graduate warga Malaysia di sekitar Melbourne. Sambutan akan diadakan di sebuah taman awam. Taman awam disini menyediakan kemudahan dapur gas barbeque, tandas, paip, taman permainan dan bangsal secara percuma.

Setiap minggu pada hari sabtu malam ahad, satu kelas pengajian Al-Quran dan tajwid diadakan di rumah warga Malaysia disini. Tuan rumah akan menawarkan rumah sebagai tempat pengajian dan menyediakan sedikit makanan. Pada hari khamis malam jumaat pula, majlis bacaan yasin beramai2 diadakan juga dirumah warga Malaysia. Biasanya antara 30 hingga 50 orang hadir untuk majlis sebegini. Majlis ini dikepalai oleh Ust.Khairul Anuar Mohamad Al-Hafiz dari Kubang Kekura, Pulau Musang. Beliau menemani isterinya yang menyambung pelajaran disini dan adalah adik kepada Imam besar Msjid Kusza Ust.Suhaimi.


Kebanyakan penduduk disekitar rumah saya adalah warga tua. Kawasan sekeliling rumah kebanyakannya didiami oleh warga yang berasal dari Itali, Mecedonia, Greek, Lubnan, Vietnam, Albania dan lain2 lagi. Mereka telah berhijrah ke sini antara 20 hingga 50 tahun yang lalu.Mereka cukup hairan dengan kami sekeluarga yang boleh bercakap dalam bahasa inggeris dengan agak baik walaupun baru setahun disini. Ramai dikalangan mereka yang mereka kurang fasih berbahasa inggeris, mungkin disebabkan hanya bergaul dikalangan sama etnik sahaja.


Sekarang musim memetik buah strawberry dan blueberry. minggu depan kami beramai2 akan pergi ke ladang untuk memetik buah dimana sedikit bayaran dikenakan dan boleh makan sebanyak mana yang mahu. Musim panas juga menyebabkan semua pantai penuh dengan "dugong2" berjemur. 2 minggu lepas saya membawa anak2 ke pantai Brighton/St.Kilda untuk mandi. Mereka cukup seronok kerana kerinduan kepada pantai Mengabang Telipot terubat jua tetapi saya yang tak berapa seronoknya, pemandangan yang kurang kondusif untuk anak2.


Kepada sahabat2 yang sudah membeli tiket untuk melawat Melbourne tahun depan, diucapkan SELAMAT DATANG.


Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua warga peguam, maaf zahir batin dari saya, Sham, Ihsan, Solehah dan Solihin.

SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN DARI MELBOURNE

Salam kepada semua rakan-rakan sahabat di Malaysia.

Alhamdulillah, setakat terkini nampaknya cuaca masih lagi terkawal, taklah panas sangat...cuma mencecah 33 degree celcius. Banyak aktiviti dijalankan oleh majlis perbandaran disini untuk penduduk setempat, umpamanya pesta, ekspo,klinik sukan, dan lain-lain secara percuma.


Apabila musim panas tiba kerajaan akan menawarkan penukaran kepala shower baru secara percuma untuk semua penduduk bagi menjimatkan penggunaan air. Pemasangan peralatan untuk mengurangkan kepanasan dalam rumah secara percuma bernilai AU1600 juga diberikan percuma kepada setiap rumah. Penukaran mentol lampu yang menjimatkan letrik juga diberikan secara percuma. Saya menukar 22 mentol lampu yang bernilai lebihkurang AU200.


Untuk pelajar Universiti, akhbar dijual pada harga AU30 untuk setahun langganan termasuk penghantaran percuma ke pintu rumah pada hari sabtu dan ahad. Penganggur dan semua warga tua 65 tahun keatas diberikan elaun AU900 sebulan. Pembeli rumah kali pertama diberikan AU20,000 untuk menampung sebahagian kos pembelian.Disini banyak kebajikan/ perkhidmatan percuma dari kerajaan dapat kami nikmati. Apatah lagi kalau warganegara Australia sendiri.


Minggu lepas saya membeli sebuah kereta. Amat memeranjatkan, proses menukar nama pemilik hanya memakan masa tidak sampai 5 minit. saya hanya perlu mengemukakan paspot dan resit belian.segala urusan fotostat dilakukakn percuma oleh Vicroad(JPJ lah tu). Kalaulah di malaysia sistem yang efisyen sebegitu dapat dilaksanakan tentu rakyat akan menghargainya. Begitu juga perkhidmatan di jabatan kerajaan atau swasta, sangat efisyen, penuh dengan senyuman dan mengambil masa yang pendek.Jadi, kepada rakan-rakan disana, pastikan anda melawat Melbourne ya..saya sedia membantu semampunya disini.


Tapi Malaysia tetap dihatiku...salam dari Melbourne.


Coretan: Sallehudin H.

Wednesday, November 18, 2009

The Malaysian Bar - 32 members seek election to the Bar Council for the 2010/2011 term

SALAM,



BERIKUT DIBAWAH TERSENARAI CALON-CALON YANG BERTANDING, SILA JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA.





The Malaysian Bar - 32 members seek election to the Bar Council for the 2010/2011 term



TERIMA KASIH.

CHAIRMAN
TERENGGANUBAR

Tuesday, November 17, 2009

ELECTION TO THE BAR COUNCIL 2010/2011

PENGUMUMAM




ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA


MERUJUK PERKARA DI ATAS, PIHAK JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU INGIN MEMOHON KERJASAMA SEMUA PEGUAM-PEGUAM NEGERI TERENGGANU AGAR DAPAT MEMBUAT PEMILIHAN CALON SERTA MENGEMBALIKAN KERTAS UNDI KE PIHAK SECRETARIAT MAJLIS PEGUAM SELEWAT-LEWATNYA PADA 30 NOVEMBER 2009.



SETIAP AHLI BERHAK MEMILIH MAKSIMUM 12 CALON DARI 32 CALON YANG TERSENARAI ITU (SEPERTI YANG TERTERA DI BALLOT PAPER).



SEKIRANYA ADA AHLI YANG MASIH BELUM MENERIMA KERTAS UNDI (BALLOT PAPER). BOLEH LAH BERHUBUNG TERUS DENGAN SETIAUSAHA MAJLIS PEGUAM.


SEANDAINYA ADA PERTANYAAN ATAU KESULITAN MENGHANTAR KERTAS UNDI TERSEBUT, AHLI-AHLI BOLEH MERUJUK PERKARA TERSEBUT KEPADA PENGERUSI ATAU PUSAT LAC KITA.


ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SETIAP PEGUAM TERENGGANU UNTUK MENUNAIKAN HAK MEREKA. INGAT KITA YANG MENENTUKAN BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS PEGUAM. JIKA KITA ENGGAN MEMILIH, MAKA ORANG LAIN AKAN MEMILIH UNTUK KITA.



BERFIKIR SECARA BIJAK, BERTINDAK DENGAN MATANG.


PENGERUSI
JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU

Thursday, November 12, 2009

BENGKEL PEMAHAMAN DAN PENGISIAN SIJIL ANNUAL DAN INSURAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu berserta Majlis Peguam Malaysia (membership department) telah menganjurkan suatu bengkel pemahaman serta pengisian sijil annual yang berlansung di Felda Residences, Kuala Terengganu pada 26 oktober 2009.

Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang. peserta pada mulanya dianggarkan hanya 20 orang tetapi bengkel ini telah mendapat sambutan ramai iaitu hampir 29 orang telah menghadirkan diri. Majlis bermula dengan ucapan alu aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu En Amirruddin Abu Bakar, bengkel seterusnya dikendalikan oleh Miss Kwan dan Miss Veni, wakil Majlis Peguam Malaysia dalam memberi pemahaman cara-cara sebenar mengisi sijil annual serta prosedur betul proses permohonannya.

Sesi latihan dan soal jawab diadakan selepas itu. Peguam-peguam Terengganu tidak melepaskan peluang untuk bertanya segala kemusykilan yang terbuku untuk faedah mereka bersama. Lebih membanggakan mereka sanggup meminta bengkel diteruskan diwaktu rehat dan hanya menjamah jamuan ringan setelah semua sesi bengkel selesai.


Disini pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu ingin melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih atas kerjasama para peserta yang sudi hadir walaupun diberitahu disaat-saat akhir. Ribuan Terima kasih buat membership department Majlis Peguam Malaysia (terutama miss gayatri, miss veni, miss kwan) kerana sudi mengadakan bengkel ini di Terengganu dan kami difahamkan ia yang terakhir untuk tahun ini. Semoga lebih banyak kursus dan seminar dapat dianjurkan di Negeri Terengganu untuk faedah bersama ahli-ahli peguam.

(Antara peserta paling awal tiba, shatira, azrul, shaari dan wajah fotogenik mazlan)

(masing-masing peserta sedang membuka kertas kerja yang disediakan)

(Che Lah begitu tekun study, sedang ubai cool aje, piece dari fazru anuar dibelakang)

(Good dari ramlan dan yassin untuk program bengkel ni)

(Peserta beratur di luar untuk mendaftar masuk)

(Peserta bersedia untuk mendengar taklimat, tetapi norizai dan atifah sedang terbayang bershopping di melbourne)


(Terima kasih buat sambutan dan kerjasama peserta terutama syed ahmad, walaupun anak sakit mata tetap beri sokongan setiap program Terengganubar TQVM)


(Chairman berdiri tegak macam nyanyi lagu negaraku je, sebelah miss veni dan miss kwan)


(wajah-wajah ceria peguam-peguam Terengganu ketika pertengahan ceramah)


(Waktu yang paling dinanti-nantikan peserta, diketuai ramlan, norizai time nyam-nyam)


(Biar lambat asal dapat, jelitawan Terengganubar diketuai nadia tersenyum ria)


(Mat sam bertanya pada ubai dan syukri dah potongke?? kedua-dua jawab serentak dengan tersenyum Of course)


(Penganjur amat teruja, peserta veteran ayah ku sudi hadir dalam program ni, disebelah fariz tak lepas telepon dari telinga)


(Sehati sejiwa, fazru anuar dan sofian berdua dihujung meja)


(Saari dan yasin sedang makang keropok dan mee goreng, Saari kate, "minyak attar minyak dhab, tengah lapar semua sedap")


Laporan : Pemberita tua.

Sometimes our profession can be stressful.Be relax!

Wednesday, November 11, 2009

Mertua Vs Menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

Peguam pun Kena Tipu!



Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angeles ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah."Sekarang giliran u", cabar peguam! ..Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawab : "Tidak Tahu" !