Tuesday, June 16, 2009

OH! ARENA BOLING KU – EPISOD SATU



Pasukan Juara!





Pertukaran cenderahati antara Terengganu Bar dan Kelantan Bar!



Senyuman Juara!



Terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu kerana telah membina satu arena atau gelanggang boling untuk rakyat Terengganu. Satu prasarana untuk permainan boling yang agak gah dengan 48 lorong. Terletak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Gong Badak, Kuala Terengganu.



Setelah hampir 18 tahun aku seakan telah meninggalan salah satu permainan atau sukan yang aku gemari ketia menuntut di kampus di ibu kota sekitar tahun 80-an dahulu, tup-tap dengarnya kerajaan negeri Terengganu akan membina satu are na boling di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, hati aku mendengarnya dengan gembira.





Arena boling tersebut telah mula di gunakan semasa temaysa Sukan Malaysia atau SUKMA 1998 yang diadakan di Negeri Terengganu pada atau sekitar bulan Mei 2008. Sebaik sahaja selesai temasya SUKMA ianya mula dibuka untuk orang ramai.





Boling bagi aku satu permainan 'ringan' yang boleh disertai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira had umur. Satu permainan yang mesra dimana juka lawan kita sekalipun melakukan balingan "Strike" maka kita juga tumpang bertepuk sorak meraikan kejayaannya.





Maka, bermulalah agemnsi-agensi awam, swasta terutama institusi kewangan yang bertapak di negeri Terengganu menganjurkan pertandingan boling dari masa ke semasa. Tidak ketinggalan di dalam hal ini ialah Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Beberapa siri pertandingan boling telah di anjurkan oleh Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu, di mana yang terakhir telah di adakan pada 23.5.2009 iaitu perlawanan " antara Firma-Firma" yang telah berjaya mengumpulkan seramai 96 Peguam dan kakitangan.





Boling juga telah berjaya mengeratkan persahabatan di antara Peguam-Peguam yang bernaung di bawah Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dan Jawatankuasa Peguam Kelantan. Pada 9.8.2008 yang lalu satu perlawanan diantara Terengganu Bar dan Kelantan Bar telah diadakan bagi merebut piala pusingan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Keputusan telah memihak kepada Terengganu Bar.





Pada 2.6.2009, lebih kurang pukul 10.00 pagi aku dimaklumkan bahawa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah runtuh. Aku bersama Mat Yusof, Ubai dan Sukeri telah bergegas dari bangunan Mahkamah Kuala Terengganu yang terletak lebih kurang 6 kilometer dari Stadium Sultan Zainal Abidin.





Setiba di sana, aku semacam terpaku melihat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang begitu gah berdiri telah ranap menyembah bumi. Bersamanya telah menguburkan 4 biji bola boling kepunyaan aku, Anuwar dan Nizam.








OTHMAN BAKAR